Saturday 25 June 2011

PEMINDAHAN ELEKTRON PADA SATU JARAK

pemindahan elektron pada satu jarak = elektron dipindahkan daripada agen penurunan kepada agen pengoksidaan.

AGEN PENURUNAN = MENGALAMI PENURUNAN = KEHILANGAN ELEKTRON
AGEN PENGOKSIDAAN = MENGALAMI PENURUNAN = MENERIMA ELEKTRON

CONTOH 1 :
AGEN PENURUNAN = MENGALAMI PENURUNAN = KEHILANGAN ELEKTRON = Ferum(II) sulfat
AGEN PENGOKSIDAAN = MENGALAMI PENURUNAN = MENERIMA ELEKTRON = Air bromin



CONTOH 2 :
AGEN PENURUNAN = MENGALAMI PENURUNAN = KEHILANGAN ELEKTRON = kalium iodida 
AGEN PENGOKSIDAAN = MENGALAMI PENURUNAN = MENERIMA ELEKTRON = kalium manganat (VII) berasid 





CONTOH 3 :
AGEN PENURUNAN = MENGALAMI PENURUNAN = KEHILANGAN ELEKTRON = Ferum (II) sulfat 
AGEN PENGOKSIDAAN = MENGALAMI PENURUNAN = MENERIMA ELEKTRON = kalium dikromat (IV)






 video di bawah adalah antara gelagat pelajar kesayanganku 5ST 2011 menjalankan eksperimen pemindahan elektron pada satu jarak.




Friday 24 June 2011

JOM MAIN

Pelajar2 ku...

berikut adalah link untuk anda bermain game yang berasakan matapelajaran kimia di internet...

Klik link di bawah untuk bermain sambil belajar :


1. Game Jadual berkala

2. Tindak balas kimia

3. Asid dan bes

4. Teori zarah

5. Persamaan kimia

6. Formula kimia

FORMAT ISNTRUMEN KERTAS KIMIA SPM

pelajar2 ku yang tersayang....

berikut adalah format kertas peperiksaan SPM untuk anda ketahui :

FORMAT INSTRUMEN :
   
Bil
Perkara
Kertas 1 (4541/1)
Kertas 2 (4541/2)
Kertas 3 (4541/3)
1
Jenis Instrumen
Ujian Objektif
Ujian Subjektif
Ujian Subjektif
2
Jenis Item
Item objektif:
Pilih Jawapan
Aneka pilihan
Aneka Gabungan.
Setiap item mempunyai 4 pilihan jawapan A,B,Cdan D
Item subjektif:
Bhg A: Item Berstruktur
Bhg B: Item respons Terhad
Bhg C: Item respons terbuka.
Item subjektif:
Item Berstruktur

Item Respons Terbuka.
3
Bilangan Soalan
50 (Jawab semua)
Bahagian A:
6 item (jawab semua)
Bahagian B :
2 item (Pilih satu)
Bahagian C :
2 item (Pilih satu)
Item Berstruktur:
2 item (Jawab semua)
Item Respons Terbuka
1 item (wajib)
4
Jumlah Markah
50
100
50
5
Cara memberi respons
Ditanda pada borang OMR
Ditulis pada ruang dalam kertas soalan
Ditulis pada ruang dalam kertas soalan
6
Tempoh Ujian
1 jam 15 minit
2 jam 30 minit
1 jam 30 minit
7
Wajaran Konstruk
Pengetahuan-25
Kefahaman-15
Aplikasi-10
Pengetahuan 14
Kefahaman 21
Aplikasi 29
Analisis 21
Sintesis 15
Kemahiran Proses Sains:
16 aspek dengan 3 skor maksimum
8
Aras Kesukaran
R:S:T : 5:3:2

(25 item mudah15 item pertengahan; 10 item sukar)
R:S:T : 5:3:2

(50 skor mudah : 30 skor pertengahan : 20 skor sukar)
-
9
Alat Tambahan
Kalkulator saintifik
Kalkulator saintifik
Kalkulator saintifik

 PANDUAN MENJAWAB

Kertas 1 (Objektif)
 Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk sementara. Baca  semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
  
Cadangan penggunaan masa .1 ½ minit untuk setiap soalan. 50 soalan –75 minit termasuk semakan.
Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.
 
Kertas 2 (Struktur)
 Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa menjawab. (rujuk tips menjawab)
 Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah penghitungan.
Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa semakan.

Kertas 2 (Esei)
Baca semua soalan dengan teliti
Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak
Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang dikehendaki soalan. 
Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah. Ini boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan. [1 markah – 1 poin]
 Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan bantuan gambar rajah berlabel,graf,jadual atau persamaan kimia.
 Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan termasuk masa semakan.

  Kertas 3 
Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal.Oleh itu pelajar mesti menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna.Dengan ini membantu untuk menjawab dengan baik.
Kemahiran proses sains seperti memerhati,mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens, meramal,berkomunikasi,
menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat
hipotesis harus dikuasai.
Biasakan dengan kemahiran membaca alat-radas seperti buret, jam randik dan sebagainya.
Buat latihan melukis graf.
Penggunaan masa- 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti dalam soalan.
 
SUMBER : 
Perfect Score Kimia SBP versi Bahasa Melayu. Untuk versi Bahasa Inggeris
http://www.pahaikan.com/teknik_menjawab_kimia.php

KENALI ISTILAH BETUL

pelajar kesyanganku...

berikut adalah antara istilah yang betul dan salah yang digunakan untuk menjawab... anda boleh menyemak penggunaan istilah anda.. jika istilah yang digunakan selama ini salah bertukarlah kepada yang betul...:)

Bil
SALAH = KURANG TEPAT
BETUL = TEPAT

1

Mendakan perang

Enapan perang

2

Atom yang stabil

Atom mencapai susunan elektron oktet yang stabil

3

Konfigurasi elektron

Susunan elektron

4

Larutan jernih

Larutan tanpa warna

5

Ion iodida bertindak balas lengkap

Ion iodida habis bertindak balas//semua ion iodida bertindak balas lengkap

6

Tindak balas tidak berlaku(pemerhatian)

Tiada perubahan

7

Mempercepatkan kadar tindak balas

Kadar tindak balas bertambah/meningkat

8

Pembakaran dengan karbon

Pembakaran dengan oksigen

9

Magnesium lebih aktif daripada zink

Magnesium lebih reaktif daripada zink

10

SEK

Siri elektrokimia

11

Magnesium lebih reaktif daripada zink (siri elektrokimia)

Magnesium lebih elektropositif daripada zink.

12

Magnesium lebih elektropositif daripada zink.(siri kereaktifan)

Magnesium lebih reaktif daripada zink

13

Campurkan ammonia

Campurkan larutan ammonia

14

Larutan kalium permanganat

Larutan kalium manganat(VII) berasid

15

Polistirena dapat mencegah kehilangan haba

Polistirena mengurangkan kehilangan haba

16

Takat lebur ialah takat dimana pepejal berubah menjadi cecair

Takat lebur ialah suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair

17

Bilangan elektron terluar

Bilangan elektron di petala luar/terluar

18

Fungsi titian garam ialah melengkapkan litar dan mengasingkan larutan

Fungsi titian garam ialah membenarkan ion melaluinya

19

Natrium menderma elektron

Atom natrium menderma satu elektron

20

Struktur elektron stabil

Susunan elektron octet

21

Elektron sudah penuh dipetala luar

Terdapat lapan elektron di petala luar

22

Tarikan nukleus ke atas petala luar

Tarikan nukleus ke atas elektron di petala luar

23

Saiz unsur bertambah

Saiz atom bertambah

24

Kadar tindak balas cepat

Kadar tindak balas tinggi/meningkat/bertambah

25

Kadar tindak balas perlahan

Kadar tindak balas rendah/berkurang

26

Saiz bahan yang kecil mempunyai luas permukaan yang besar

Saiz bahan yang kecil mempunyai jumlah luas permukaan yang besar

27

Bilangan zarah bertambah apabila kepekatan bertambah

Bilangan zarah per unit isipadu bertambah apabila kepekatan bertambah

28

Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik

Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau akueus.

29

Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada hidrogen

Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada satu atom hidrogen

30

Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.

Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.

31

Nombor pengoksidaan ferum berubah

Nombor pengoksidaan ferum bertambah dari +2 ke +3

32

Daya tarikan sebatian ion kuat

Daya tarikan antara ion dalam sebatian kuat

33

Daya tarikan dalam molekul lemah

Daya tarikan antara molekul lemah

34

Polimer adalah bahan yang terdiri daripada monomer-monomer

Polimer adalah bahan yang terbentuk daripada penggabungan monomer-monomer

35

Warna kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna

Warna ungu larutan kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna

36

Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala

Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala berisi elektron

37

Sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.

Molekul sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.

38

Sabun merendahkan tegangan permukaan pakaian

Sabun merendahkan tegangan permukaan air

39

Zink karbonat berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk

Zink oksida berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk

40

Kuprum didiscas dikatod

Ion kuprum didiscas dikatod
SUMBER : 
Perfect Score Kimia SBP versi Bahasa Melayu. Untuk versi Bahasa Inggeris
http://www.pahaikan.com/teknik_menjawab_kimia.php

TIPS MENJAWAB SOALAN KIMIA

Pelajar kesayanganku.........

Biasanya soalan bermula dengan kata tugas iaitu apa yang pelajar harus jawab. Pelajar harus tahu kata tugas untuk memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak soalan.


Kata Tugas

Penerangan / Contoh

Namakan

> Berikan nama dan bukan formula.
Contoh: Namakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk membentuk gangsa.
Jawapan: Stanum
Bukan: Sn

Nyatakan

> Menulis jawapan dalam bentuk fakta ringkas sahaja. Penerangan tidak diperlukan.
Contoh: Nyatakan satu sifat asid.
Jawapan: Menukarkan litmus biru kepada merah.

Nyatakan pemerhatian

> Menulis apa yang dilihat sahaja dari segi fizikal.
Contoh: Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik.
Jawapan: Pembuakan/gelembung gas.
Bukan: Gas hidrogen terbebas.

> Menulis perubahan warna asal dan warna akhir.
Contoh: Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat.
Jawapan: Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar
Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna.

Terangkan

> Menulis jawapan dengan memberi sebab-sebab untuk menjelaskan sesuatu kenyataan / fakta / prinsip.
Contoh: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum tulen
Jawapan : Dalam kuprum tulen, atom mudah menggelongsor.Dalam gangsa, atom stanum mengganggu susunan atom kuprum.Dengan itu menghalang gelongsoran atom kuprum.

Apakah yang dimaksudkan (Takrif)

> Memberi makna yang tepat.
Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon.
Jawapan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.
Bukan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.

Berikan ujian kimia

> Memberi kaedah ujian dan pemerhatian.
Contoh: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+.
Jawapan : Campurkan larutan natrium hidroksida. Mendakan perang terbentuk.

Ujian gas

> Menyatakan kaedah dan pemerhatian.
Contoh: Huraikan bagaimana gas (hidrogen) disahkan hadir.
Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji berisi gas. Bunyi’pop’ terhasil.
Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala.

Huraikan

> Menulis dengan lengkap apa yang dilakukan,diperhati atau dideduksikan.
Contoh: Huraikan bagaimana anda menyediakan larutan kuprum(II) sulfat bermula daripada pepejal kuprum(II)oksida.
Jawapan : Campurkan kuprum(II)oksida kepada asid sulfurik cair sehingga berlebihan.Turaskan untuk mendapatkan hasil turasan.

Bincangkan

> Memberikan isi-isi penting serta mengkaji setiap satu isi itu secara kritikal.
Contoh: Bincangkan dari segi teori ion mengapa pepejal plumbum(II) bromida tidak boleh mengalirkan elektrik tetapi plumbum(II)bromida lebur boleh.
Jawapan: Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion.Dalam pepejal,ion-ion terikat kuat oleh daya elektrostatik.Oleh itu ion-ion tidak bergerak bebas.Apabila dileburkan ion-ion bergerak bebas.

Ramalkan

> Membuat jangkaan sesuatu yang akan berlaku betrdasarkan fakta.
Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang dijangka jika eksperimen I dijalankan menggunakan radas yang lebih besar.
Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah.

Bandingkan
Bezakan

> Menyenaraikan perbezaan dan persamaan antara dua perkara.
> Menyenaraikan semua perbezaan antara dua perkara.
Contoh: Nyatakan tiga sifat yang boleh membezakan antara sebatian ion dengan sebatian kovalen.
Jawapan:[Menyenaraikan 3 sifat sebatian ion dan 3 sifat sebatian kovalen]

Lukiskan gambar rajah radas

> Melukis gambar rajah dengan lengkap

(i) Radas berfungsi (contoh: tidak bocor / gabus tidak masuk ke dalam)
(ii) Label
(iii) Jika ada larutan, larutan perlu dilorek.
(iv) Jika ada pemanasan-anak panah dan perkataan panaskan dibawah anak panah.

Lukiskan susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk

> (i) Sebatian ionik –Bilangan elektron betul bagi semua petala. Cas ion juga ditunjukkan.
> (ii) Sebatian kovalen- 8 elektron disetiap petala luar dan perkongsian elektron betul. Semua petala ditunjukkan. Bilangan atom yang berpadu juga betul.

Lukiskan graf

> Graf dilukis dengan paksi dilabel dan unit betul.
> Skala yang sesuai,
> Pemindahan titik betul,
> Bentuk dan graf licin.
> Jika hitung kadar pada masa tertentu-lukis segitiga tepat pada tangen lengkungan graf.

Lukiskan gambar rajah aras tenaga

> Gambar rajah aras tenaga – anak panah tegak.
> 2 garis ufuk dan tenaga dilabel.
> Bahan tindak balas dan hasil tindak balas di garis yang betul.

Lukiskan susunan zarah dalam pepejal

> Melukis susunan zarah sekurang-kurangnya tiga baris dan bersentuh tetapi tidak bertindih. (3x3 @ 4x4)

Lukis arah pengaliran elektron dalam sel.

> Melukis arah pengaliran elektron - anak panah pada atau selari dengan wayar penyambung dan bukannya merentasi larutan atau melalui larutan.

Tuliskan persamaan kimia

> Persamaan yang ditulis mesti seimbang. Keadaan tidak diperlukan. Jika ditulis mesti betul.

Hitungkan

> Menghitung dengan menunjukkan jalan kerja (konsep) dan jawapan akhir serta unit.
 SUMBER :
Perfect Score Kimia SBP versi Bahasa Melayu. Untuk versi Bahasa Inggeris
http://www.pahaikan.com/teknik_menjawab_kimia.php

Wednesday 22 June 2011

PENYESARAN LOGAM DARI LARUTAN GARAMNYA

TINDAK BALAS REDOKS : PENYESARAN LOGAM DARI LARUTAN GARAMNYA




mesti ingat !!!
antara dua logam dalam siri  elektrokimia :
KEDUDUKAN DI ATAS =  LEBIH ELEKTROPOSITIF : akan mengalami pengoksidaan yang menjadi ion = tambah elektron

KEDUDUKAN BAWAH = KURANG ELEKTROPOSITIF : akan mengalami penurunan yang diturunkan kepada menjadi logam = hilang elektron

CARA UTK MENGINGANT :
K = KALIUM = KALAU
Na = NATRIUM = NAK
Ca= KALSIUM = KAHWIN
Mg = MAGNESIUM = MESTI 
Al = ALUMINIUM = ADA
Zn = ZINK = ZAKAT
Fe = FERUM = FITRAH
Sn = STANUM = SUPAYA
Pb = PLUMBUM = PERKAHWINAN
H = HIDROGEN = HALAL
Cu = KUPRUM = CUKUP
Ag = ARGENTUM = ASYIK
Au = AURUM = AMAT

(Pengoksidaan : magnesium --> ion magnesium + 2e ) (penurunan : ion plumbum + 2e --> logam plumbum)

(Pengoksidaan : magnesium --> ion magnesium + 2e ) (penurunan : ion kuprum + 2e --> logam kuprum)

(Pengoksidaan : magnesium --> ion magnesium + 2e ) (penurunan : ion ferum(III) + 3e --> logam ferum)

Penyesaran larutan garam oleh logam zink

Antara video contoh tindak balas penyesaran logam :

Tuesday 21 June 2011

PENUKARAN ION FERUM(II) KEPADA ION FERUM (III) DAN SEBALIKNYA

Pelajar2 ku.. 

mesti tahu : 
  - ion Ferum (II) berwarna HIJAU 
  -  ion Ferum (III) berwarna  PERANG

Ion Ferum(II) boleh ditukarkan kepada ion Ferum(III) melalui tindak balas PENGOKSIDAAN.






Ion Ferum(III) boleh ditukarkan kepada ion Ferum(II) melalui tindak balas PENURUNAN.



EKSPERIMEN KEREAKTIFAN LOGAM KUMPULAN 1

Eksperimen di bawah dijalankan oleh pelajarku tingkatan 4 untuk mengkaji kereaktifan logam kumpulan 1 bertindak balas dengan air.


Tujauan : Mengkaji kereaktifan unsur kumpulan 1 apabila bertindak balas dengan air

Hipotesis : Semakin menuruni kumpulan 1, kereaktifan logam alkali akan bertambah apabila bertindak balas dengan air.

Pemboleh ubah :

a) dimanipulasi : jenis logam alkali
b) bergerak balas : kereaktifan tindak balas
c) dimalarkan : isipadu air, saiz logam alkali

Pemerhatian :





jadi daripada eksperimen :


Monday 20 June 2011

GELAGAT PELAJARKU






gelagat pelajar 5st ketika kelas tambahan malam sebagai seorang guru muda....:)

KOLEKSI PEPERIKSAAN PERCUBAAN KIMIA SPM 2007

Anda boleh muat turun soalan percubaan kimia 2007 di link berikut.

Klik link untuk download...

1. SBP : K1,K2,K3
2. PAHANG : K1,K3
3. MRSM : K2,K3

PEMBENTUKAN ION POSITIF

 PEMBENTUKAN ION POSITIF

Pembentukan ion positif melibatkan atom logam melalui pendermaan elektron untuk mencapai susunan oktet atau duplek iaitu susunan elektron yang stabil.




PEMBENTUKAN ION NEGATIF
 
Pembentukan ion negatif melibatkan atom bukan logam melalui penerimaan elektron untuk mencapai susunan oktet atau duplek iaitu susunan elektron yang stabil.

KELAS TAMBAHAN MALAM

KELAS TAMBAHAN MALAM

Usaha hari ini penentu kejayaan hari esok..:)
~fitri khusyuknya ngah fikir apa 2~

~seronoknya nabila n syahirah~



~tanpa usaha mimpi tak jadi kenyataan~ 



pic selanjutnya klik link......


Saturday 18 June 2011

TINDAK BALAS REDOKS

Daripada perkataan REDOKS takrifan boleh dibuat iaiti:

REDOKS = RED : REDUCTION (penurunan) = OKS : OXIDATION (pengoksidaan)

jadi...


pengoksidaan dan penurunan boleh dirumuskan sebagai :

IKATAN KIMIA vs. IKATAN PERKAHWINAN



2 jenis ikatan kimia iaitu ikatan ionik dan ikatan kovalen.

IKATAN IONIK

ikatan ionik ialah ikatan yang terbentuk memlalui pemindahan elektron daripada atom logam kepada atom bukan logam melalui pendermaan dan penerimaan elektron...

jadi kita boleh mengibaratkan ikatan ionik = ikatan perkahwinan

logam = lelaki = derma elektron = ion positif

bukan logam = perempuan = terima elektron = ion negatif

apabila berlainan cas iaitu ion positif dan negetif pastinya akan menarik sama seperti perempuan dan lelaki jadi sebtian yang terbentuk dikenali sebagai sebatian ion.

IKATAN KOVALEN

ikatan kovalen ialah ikatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian elektron antara atom bukan logam dan atom bukan logam.


ikatan kovalen = bermadu

bukan logam = kongsi elektron = sebatian kovalen
perempuan = kongsi lelaki = madu

KOIR GURU SMK AYER HANGAT

KOIR INI SEMPENA HARI GURU PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2011
~GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA~
BERKOIR BERSAMA RAKAN-RAKAN GURU SMK Ayer Hangat & SK Penghulu Ahmad....






sumber video facebook : klik to facebook page

Friday 17 June 2011

KOLEKSI PEPERIKSAAN PERCUBAAN KIMIA SPM 2008

Anda boleh muat turun kertas percubaan kimia SPM 2008 di link berikut. diharapkan dapat membantu.
Klik link di bawah untuk download.....

1. PAHANG : K1,K2,K3
2. KEDAH : K1,K2,K3
3. TERANGGANU : K1,K2,K3
4. PERLIS : K1,K2,K3
5. PERAK : K1,K2,K3

KOLEKSI PEPERIKSAAN PERCUBAAN KIMIA SPM 2009

Anda boleh muat turun soalan percubaan kimia SPM 2009 dilink berikut :
Klik link untuk download....
1. PAHANG : K1,K2,K3
2. MRSM : K1,K2,K3
3. SBP : K1,K2.K3
4. PERLIS : K1,K2,K3
5. JOHOR : K1,K2,K3

NOTA KIMIA SPM

anda boleh download nota disini

1. http://asia.groups.yahoo.com/group/kimia_5st/

2. http://www.scribd.com/doc/29388560/NOTA-RINGKAS-KIMIA

3. http://chemistryexperimentphotogallery.blogspot.com/search/label/Form%205%20Chapter%202

USAHA HARI INI ADALAH PENENTU KEJAYAAN HARI ESOK

~Kadang2 kita perlu belajar daripada semut, walaupun kecil tapi boleh menangkat sesuatu yang lebih besar daripadanya~

jadi untuk berjaya kita hendaklah berusaha dan terus berusaha....

~shahril dengan coolnya~

khusyuknya,,,,



~cuba teka mereka melihat apa~


~malu2 la pulak ank2 murid aku nih~

~fariza n aisyah yang rajin~

~ehem2~

~tikah go tikah~

Monday 13 June 2011

PELAJAR KESAYANGANKU

PELAJARKU
Pelajar - Pelajar menjalankan Eksperimen...


 ~fuad sengih aih~

~susunan radas cek betul2~




~fatonah n shahirah yang mcm kembar~




~shahril gaya seorang pemimpin~


~sukanya buat eksperimen~

~eksperimen kereaktifan logam kumpulan 1~

~alat radas eksperimen~


 klik untuk facebook ahli chemistry 5ST :
chemistry geng 5ST 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...