Wednesday 28 December 2011

TERIMA KASIH........

Hi, salam 1 Malaysia...
lagi berapa hari ja sekolah dah nak bukak...
tahun baru, sekolah baru...:)
bukan pa sebelum ku berangkat terbang esok...
Ingin diri ini merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua warga SMK Ayer Hangat, Langkawi
yang selama ini menirima diri ini utk berkhidmat &
menimba pengalaman mengajar di sana...
Hampir 2 tahun di sana banyak
pahit & manis telah diharungi.. dan sesungguhnya
rasa betuah rasanya dapat menjadi sebahagian daripada
warga SMKAH...

Apa pun perjuangan harus di teruskan...
kepada anak2 murid kesyanganku khususnya
yang aku mengajar tahun ini 1F, 1K, 1G, 1R, 3R, 4ST n 5 ST
selamat maju jaya.. cikgu harap anda semua akan terus berjaya
Untuk geng chemistry 5ST 2011 cikgu doakan kejayaan anda semua
untuk SPM yang telah kamu semua selamat tempuhi,
anda semua anak cikgu pertama...:)
untuk geng chemistry 4 ST 2011 teruskan berusaha untuk SPM 2012...
kepada rakan setugas terima kasih semua atas tunjuk ajar &
perkenalan kita....
Akhir sekali ingin sekali diri ini memohon ampun jikalau ada
salah dan silap..
Doakan saya di tempat baru ya...:)

Sunday 13 November 2011

GOOD LUCK...:)

pejam celik.. pejam celik.. esok SPM dah nak mula...
Selamat menjawab untuk anak didikku tersayang pelajar2 5ST...
Cikgu yakin sgt kamu semua boleh lakukan yang terbaik untuk diri kamu, ibu bapa, keluarga, sekolah dan hadiah yang paling berharga cikgu tunggu daripada kamu semua ialah sebuah kejayaan..:)

Wednesday 12 October 2011

SESI FOTOGRAFI SEKOLAH

Tik tok.. tik tok Sebulan lagi ja nak cuti sekolah... jadi dalam kesibukkan hari-hari terakhir ni sempat g pose untuk utuk kenangan tahun 2011... chewa2.. cam boleh pindah jer.. harap2 dapat la...:)

Asyik dok tulis pasal pelajaran ja jom layan plak gambar2 kenangan sekolah yang di adakan untuk majalah sekolah...yang ada gambar saya jer la....kikiki

antaranya..............
Barisan guru SMK Ayer Hangat, Langkawi Kedah

Ajk Kelab Keselamatan Jalan Raya (MKJR)

Rumah sukan juara MERAH

AJK kelab Sepak Takraw...

Pengakap SMK AYER HANGAT...

Wednesday 21 September 2011

PENUNJUK ASID DAN BES





Penentuan sifat asid dan bes boleh dijalankan dengan menggunakan penunjuk asid bes.
Penunjuk selalu digunaka dalam makmal antaranya ialah :
a) penolphthalein
b) metil jingga
c) penunjukk semesta 


PHENOLPHTALEIN:
Phenolphtalein dititiskan dalam bahan yang diuji akan menjukkan warna yang berbeza bergantung kepada sifat bahan sama ada asid, alkali atau neutral
Berikut adalah warna penunjuk :


asid = tidak berwarna
neutral = tidak berwarna
alkali = pink


METIL JINGGA :
metil jingga  dititiskan dalam bahan yang diuji akan menjukkan warna yang berbeza bergantung kepada sifat bahan sama ada asid, alkali atau neutral
Berikut adalah warna penunjuk :


asid = merah
neutral = jingga
alkali =kuning


PENUNJUK SEMESTA :
-penunjuk semesta dititiskan dalam bahan yang diuji akan menjukkan warna yang berbeza bergantung kepada sifat bahan sama ada asid, alkali atau neutral.
-kelebihan menggunakan penunjuk semesta ialah nilai pH boleh ditentukan berdasarkan warna yang terbentuk. 


Berikut adalah warna penunjuk semesta dan nilai pH:

~larutan kami bersifar asid~


Asid :
pH 0 - 2= Merah
pH 3 = Merah jingga
pH 4 = Jingga
pH 5 = Jingga kuning
pH 6 = kuning 


~Larutan kami bersifat neutral~

Neutral : pH 7 = Hijau


~larutan kami bersifat alkali~


Alkali:
pH 8 = Hijau biru 
pH 9 - 10 = biru
pH 11 = Biru unggu
pH 12 - 14 = unggu

~kami skala pH~
biru - unggu = alkali , hijau = neutral, merah - kuning = asid


kwn2 yang lain yg tak hadir jangan jeles...:)








Monday 5 September 2011

KOLEKSI PERCUBAAN SPM KIMIA 2011

Hi,
lama rasanya x update blog ni.. bukan apa maklum la kn raya la katakan... jadi rasanya belum terlambat untuk diucapkan selamat hari raya aidilfitri walaupun hari ni dah raya ke 7...hehehe
Raya tu raya jugak ea... wahai pelajar2 ku jangan lupa SPM makin menghampiri kita.. eh salah2 makin menghampiri anda semua...cikgu dah 8 thn dah amik...kikiki
jadi tak mau melalut banyak2..
Disini cikgu postkan antara percubaan kimia 2011...
sumbernya di bankSoalanSPM  dan mychildrenschool TQ kepada tuan empunya blog yang berkongsi..:)
KLIK LINK dibawah untuk DOWNLOAD :

1. KEDAH : K1,K2,K3 & JWPN
2. SBP : K1,K2,K3 & JWPN
3.JOHOR : K1,K2,K3 & JWPN
4.PERAK : K2

Tuesday 16 August 2011

SEL RINGKAS










Aktiviti di bawah adalah pembinaan sel ringkas oleh pelajarku 4ST menggunakan kepingan kuprum dan magnesium yang dicelupkan dalam larutan Natrium klorida :
TERMINAL NEGATIF = MAGNESIUM
TERMINAL POSITIF = KUPRUM
ELEKTROLIT = NATRIUM KLORIDA






Friday 12 August 2011

BAHAN KOMPOSIT

-Bahan komposit ialah bahan yang dihasilkan daripada gabungan dua atau lebih sebatian sebatian seperti aloi,logam, kaca, polimer dan seramik. 
-Sifat bahan komposit yang dihasilkan ialah lebih baik daripada komponen yang asal.
 

Thursday 11 August 2011

AMMONIA

PEMBUATAN AMMONIA :
Proses pembuatan ammonia : Proses haber

Dalam proses haber:
1. Gas hidrogen, H2 dan gas nitrogen, N2 dicampurkan dalam nisbah isipadu/ mol 1:3
N2(g) + 3H2(g) à 2NH3(g)
    Gas hidrogen, H2 diperoleh daripada gas asli metana.
    Gas nitrogen, N2 diperoleh melalui penyulingan berperingkat yang dilakukan ke atas udara dalam bentuk cecair.
2. Campuran gas dialirkan ke atas sebuk ferum(mangkin) pada suhun 450-500°C dan dimampatkan di bawah tekanan antara 200-500 atmosfera.
3.Gas ammonia, NH3 yang diperoleh disejukkan (suhu -50°C) sehingga menjadi cecair ammonia, NH3(ce)




ASID SULFURIK

 PEMBUATAN ASID SULFURIK
Nama proses pembuatan asid sulfurik ialah : Proses sentuh
Carta alir berikut meringkaskan proses penghasilan asid sulfurik:
3 peringkat penghasilan asid sulfurik boleh dihuraikan seperti berikut berdasarkan carta alir di atas :



KEGUNAAN ASID SULFURIK :

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DALAM PEMBUATAN ASID SULFURIK:


Tuesday 9 August 2011

PENYEDIAAN SABUN : PROSES SAPONIFIKASI







PENYEDIAAN SABUN : TINDAK BALAS SAPONIFIKASI
Minyak sawit + Natrium hidroksida --> sabun + gliserol
Tujuan : Menyediakan sabun melalui proses saponifikasi
Masalah : Bagaimanakah sabun dapat disediakan di dalam makmal?
 Pemboleh ubah : 
dimanipulasikan : minyak sayuran
bergerak balas : sabun terhasil
dimalarkan : kuantiti larutan Natrium hidroksida, NaOH, kuatiti minyak 
 Hipotesis : Apabila minyak sayuran didihkan dengan larutan alkali maka sabun akan terhasil
1. Tuangkan 10cm3 minyak sawit ke dalam sebuah bikar
2. Kemudian tuangkan 50cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH kedalam bikar itu.
3.Panaskan campuran di dalam bikar sehingga mendidih sambil mengacau campuran dengan rod kaca.
wan syazwani mengacau campuran minyak sawit + NaOH
Ustz fuad mengacau campuran minyak sawit + NaOH sambil shahril menyediakan corong penurasan

Mereka gembira melakukan eksperimen ini...:)
4.Biarkan campuran mendidih selama 10 minit.
5. Padamkan api.
6. Tambahkan 50 cm3 air suling dan beberapa spatula pepejal Natrium klorida, NaCl ke dalam campuran itu sambil mengacau sehingga pepejal yang terapung kelihatan.
7.Didihkan campuran di dalam bikar selama 5 minit lagi.

Farahin menambahkan NaCl dan air suling kedalam campuran yang telah dididihkan
Shahirah menyambung proses mendidihkan campuran selama 5 minit lagi



8.Padamkan api
9.Biarkan hasil menyejuk pada suhu bilik
Hasil dibiarkan menyejuk pada suhu bilik
10.Turaskan hasil yang terbentuk
penurasan dijalankan oleh shahirah dan fatonah
 11.Basuh baki turasan dengan air suling pada radas penurasan
12.keringkan pepejal dengan kertas turas
proses pengeringan sabun
13.Periksa pepejal yang terbentuk. Rasa pepejal dengan jari. Masukkan sedikit pepejal dalam tabung uji dan tambahkan 5 cm3 air dalam tabung uji. Rekodkan pemerhatian
14. Ulangi langkah 1 hingga 13 dengan menggunakan minyak sayuran lain seperti minyak jagung.

Pemerhatian : pepejal putih berasa licin terhasil dan kemudiannya di masukkan ke dalam tabung uji

air ditambah ke dalam tabung uji

Tabung uji digoncangkan

Pemerhatian : buih terbentuk
eksperimen BERJAYA  
Inferens : Pepejal putih yang terhasil ialah sabun. 
Kesimpulan : Sabun dapat dihasilkan dengan memanaskan sebarang minyak sayuran dengan larutan Natrium hidroksida, NaOH melalui proses Saponifikasi. Hipotesis diterima
 Eksperimen ini dijalankan oleh pelajar kesayanganku 5 ST...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...